Thursday, February 23, 2012

Hati kaca ?

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah kenapa hati ni sangat cepat terasa. Ya Allah janganlah sebab hati ni ukhuwah jadi renggang. Janganlah sebab perasaan berkecil hati ni buat diri ini lemah dan layu. Hey, macam mana nak jadi daie yang kuat kalau cepat sangat terasa. Jangan jadikan itu alasan wahai diri. Perjalanan dakwah yang panjang ini menjanjikan ujian yang melimpah-limpah seperti air hujan yang turun pada musim tengkujuh. Mana mungkin terbukti keikhlasan diri kalau Allah tak uji. kan? See, diri ini sedar dan tahu je tapi astaghfirullah.

Jangan biarkan amarahmu mengawal hatimu. Jangan marah. Jangan marah. Jangan marah. Marah itu dari syaitan kalau kamu biarkan marah mengawal kamu, bererti kamu membiarkan syaitan menguasai kamu. Astaghfirullah. :(

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata" -- Surah Yaasin:60

Mungkin itu kelemahan ada padamu wahai hamba Allah. Jangan jadikan kelemahan itu "centre point" untuk syaitan masuk jarum. ya Allah bantu hamba ya Allah kuatkan hamba. kelemahan tu boleh bertukar jadi kelebihan, muslim itu kreatif lagi-lagi bila Allah ada di sisi. Tiada siapa yang boleh kata "NO" kalau Allah kata "YES". nak jadi daie hati kena kental tak boleh cengeng pada hal-hal remeh ! Wahai hati, sensitiflah pada hal-hal yang berkaitan dengan masalah ummah jangan cepat berasa lemah. Aku bukanlah siapa-siapa hanya salah seorang daripada umat islam namun aku tahu Allah tidak akan pernah sia-siakan usaha hambaNya walau sebesar biji sawi. Siapa lagi yang paling menghargai dirimu kalau bukan Penciptamu sendiri? SubhanAllah. 

Mengadulah pada yang paling mencintaimu iaitu Allah Al Wadud. Dia Maha Mendengar dan Sangat Memahami. Buktinya? Hati akan lebih tenang lepas tu. Alhamdulillah mcm sekarang :) 

p.s: mengadu dekat Allah bukanlah tulis blog post semata-mata, tapi kena berdoa ye ^^