64:9
Hari Perhitungan itu benar, Hari Kiamat itu benar
hari dimana bumi dihancurkan alam semesta berserakan manusia bertempiaran. Hari yang AMAT dahsyat yang tidak mungkin terjangkau difikiran kita. Hanya Allah Yang Maha Besar mengetahui bila terjadinya hari pembalasan itu.
Pada hari itu tidak ada sesiapapun yang akan mengambil berat tentang orang lain. Tiada siapa yang endah, peduli keadaan kita. Anak dan ibu terpisah. Pada saat itu, manusia akan tunduk dgn penuh kehinaan kerana takut akan pembalasan Allah atas segala perbuatan kita di dunia. Kta lemah tak berdaya. Kta menunggu di padang Mahsyar dalam keadaan tak berpakaian, panas yang teramat, dan ketakutan.
Beruntunglah orang-orang yang beriman yang dapat meminum air dari telaga Kausar Rasulullah yang menghilangkan dahaga pada hari itu.
Di dunia, kta langsung tak ambil kisah mengenai hari yang dijanjikan Allah ini. Rasa macam hari itu masih lama. Sungguh, banyaknya dosa, sedikitnya amalan, lalainya diri. Dimana taubat? Dimana penyesalan? Yang ada hanyalah khayalan. Tertipu dengan nafsu sendiri. Termakan pujuk rayu syaitan yang sudah terang lagi bersuluh Allah nyatakan dalam
surah Yaasin ayat 60
“Bukankah Aku telah memerintahkan padamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”
Rasulullah mengajar kita doa yang indah ini dan semoga menjadi doa lazim yang selalu kta baca. InshaAllah.
“Ya Allah keampunanMu lebih luas daripada dosa-dosaku. Dan rahmatMu lebih kuharapkan disisiku daripada amalanku” Riwayat al Baihaqi
Hina dan kerdilnya diri ini. Banyaknya dosa. Mudah-mudahan amal kita diterima sebagai amal kebaikan kita di akhirat kelak inshaAllah. Sama-samalah kita pesan memesan dan ingat mengingati.
Kita ingin menjadi manusia yang baik bukan malaikat yang baik.
Tiada manusia yang maksum kecuali nabi & rasul.
Sematlah syair Imam Syafi`I ini dalam hati inshaAllah semoga kta menjadi mukmin yang ikhlas:
Sesungguhnya aku mencintai org soleh padahal
Aku bukan daripada kalangan mereka
Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti
Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat
Walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka
Semoga sama2 beroleh keimanan yang teguh dan menjadi saham bersama di akhirat.
Ameen :)
salam.mohon izin share sikit ye.time kasih
ReplyDelete