Monday, October 24, 2011

Betul ke dah kenal diri sendiri?

Bismillahirrahmanirrahim
SubhanAllah Alhamdulillah AllahuAkbar



Lamanya rasa tak post apa2 dekat blog huhu. Mungkin Allah tak izinkan lagi diri ni untuk menulis and hari ni alhamdulillah Allah bagi ilham nak tulis something inshaAllah

Alhamdulillah, baru je balik dari jaulah dgn ukhti2 yang dicintai kerana Allah. Semalam pun ada daurah bersama Ustaz Shazali, anak didik Sheikh Majid Zindany. Kenal tak? Kalau tak, sila google ye. Hehe. Beliau hamba Allah yang sangat hebat yang buat kajian mengenai manusia dan alam. Bunyi mcm biasa kan? Tapi istimewanya sheikh ni dia buktikan sekali dengan ayat2 Al Quran dan bukti2 saintifik. SubhanAllah ilmu yang dapat semalam, ilmu yang sangat baru bagi ana dan membuka mata ana sendiri, alhamdulillah. Semoga Allah terus suburkan hati ni dengan hidayahNya. Ameen.

Okay nak cerita la sikit apa yg ana dapat inshaAllah dari Ustaz Shazali tapi bukan yang bukti2 alam dari Al Quran eh sbb mcm kena tunjuk slide semua tu kalau nak cerita. Takut nanti msg tak sampai and sgtlah memerlukan explanation yang panjang. Aseef, ana tak mampu.

kalau check balik rukun Iman, kesemua rukun Iman iaitu percaya kepada Allah, malaikat, rasul, hari kiamat dan qada' dan qadar semuanya perkara2 ghaib kecuali Al Quran. Iman ni something yang kita percaya dengan bersungguh2 tanpa ada paksaan, ugutan dan perlu disogok. And untuk jadi beriman kta kena melihat bukti2 dan tanda2. Sbb tu Allah turunkan Al Quran yang kta boleh lihat, baca, kaji dan cari tanda2 untuk kta beriman kepada Allah,malaikat,rasul,hari kiamar dan qada' dan qadar. 

" Kitab ( Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa" 2:2

Awal2 lagi Allah dah mentioned dalam surah Al Baqarah ayat 2, Al Quran ni petunjuk bagi kta inshaAllah hamba2 Allah yang beriman dan bertakwa. Janganlah kta termasuk org2 yang ragu sbb Al Quran ni betul2 dari Allah bukan rekaan Muhammad SAW dan bukan rekaan sesiapapun. Berbahagialah sebab melalui Al Quran ni, org2 beriman itu takkan sesat sampai bila2 pun inshaAllah.

And nak cerita juga pasal jaulah mahabbah yang sangat2 amazing wallahi. Ktorg berkesempatan visit naqibah kpd Cik Not ( ummi bagi ukhti2 kat sini), Ummi Nurhin and bersyukur sgt sebab dapat ilmu yang sgt bermakna and mcm vitamin untuk hati ni. Satu kata2 Abi Abdul Latif, suami kpd Ummi Nurhin yang ana rasa sgt terkesan
 "Teruskanlah tetap berada di jalan ini sbb Allah dan menjanjikan kemenangan untuk org2 yang tekun dan sabar berada di jalan ini. Masanya akan datang cuma kta taktau bila. Janji Allah itu Benar!"

Wallahi, bila abi ckp mcmni rasa mcm satu suntikan yang berdos2 masuk dalam diri. Allah pun telah berfirman dalam Surah Ar Rum ayat 30.

 " Maka hadapkanlah wajahmu dgn lurus kepada Agama(Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.(Itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Abi pun ada kata kenapa kta kena join "tarbiyah"?. Sebabnya kta tak mahu jadi org Islam yang biasa ibarat game bola sepak, yang ada penyokong. Penyokong hanya tahu kutuk kalau tak goal and bersorak kalau menang. Kta nak jadi "key player" sbb apa2 pun kemenangan dan kekalahan semua key player yang betul2 rasa sbb dia yang berusaha dan bekerja. Biarlah kita ni istimewa di sisi Allah sbb kta lah key player utk Islam. InshaAllah allahumaamin.

And one more thing, abi pesan selalu berdoa tiap2 hari minta dekat Allah
" Ya Allah masukkanlah kami kedalam syurga firdausMu tanpa hisab"

sebab di pdg mahsyar nnt kta taktau bila giliran kta dihisab. Bayangkn dari umat Nabi Adam as sehingga umat Nabi Muhammad menunggu giliran untuk dihisab. sedangkan kalau tunggu giliran dekat bank pun yang ada aircond dan kerusi kta tak larat tunggu kalau lama sangat paling kurang pun setengah jam apatah lagi di padang mahsyar yang keadaanya sangat panas, haus dan kta waktu tu dalam kebimbangan memikirkan nasib diri kta. Dan mintalah syurga yang tertinggi iaitu Firdaus. Kalau diberi pilihan nak masuk first class ke economy class? First class yang every time akan ada org tanya nak mkn apa, tidur selesa tak sakit tengkuk, boleh tengok tv lagi berbanding economy class yang hujung2 toilet je, pastu kerusi kecil nak tidur pun tak selesa makan kena bayar and etc. 

Semoga Allah tetapkan hati kita dalam agamaNya supaya kta dpt menyambung ajaran Rasulullah, dan menjadikan kalimah "Lailahaillallah" itulah yang paling tinggi ! InshaAllah

Jazakumullah Khairan Kathira. Ingatlah ana dalam doa2 kalian. Semoga Allah merahmati dan menyelamatkan kta dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb.

#notetoself

No comments:

Post a Comment