Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab sentiasa berdoa “Wahai Tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam”. Doa Umar al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz, khalifah ke 8 dari Bani Umaiyah
Khalifah Umar Abd Aziz dilantik menjadi khalifah kerana dipilih oleh Khalifah Sulaiman dalam wasiatnya. Umar Abd Aziz sememangnya dikenali dgn sifat adil dan ketakwaannya kpd Allah. Ketika Raja haiwah membuka surat wasiat Khalifah Sulaiman lalu membaca
“ Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang, saya menamakan pengganti saya ialah Umar bin Abdul Aziz”
Umar berasa terkejut apabila namanya disebut lalu segera mengucapkan “Innalillahiwainnailaihirajiun..” kerana merasakan itu adalah satu musibah bukannya berita gembira.
Dan apabila smpai kerumah, isterinya bertanyakan halnya yang sugul dan menangis. Lalu Umar menjawab "Wahai isteriku Fatimah. Suamimu ini diberikan beban bagi mnguruskan umat Muhammad. Lalu saya terfikir berkenaan nasib fakir miskin yg kelaparan, mreka yg terlantar kesakitan tanpa rawatan, mereka yg telanjang tidak berpakaian, mereka yg teraniaya, org tua yg terbiar, mereka yg ramai anak sdg hartanya sedikit dll. Di akhirat kelak, saya akan dipertanggungjawabkan ke atas mereka itu. Saya bimbang saya tidak dapat menjawabnya dihadapan Allah di akhirat kelak. Disebabkan itu saya berasa takut dan sedih lalu menangis.”
SubahanAllah, tawaduknya dirimu Umar
****
Semasa menjadi khalifah, penjaga perbendaharaan ngara dtg memberinya wang sbyk 40000 dinar sbg gaji pendahuluan untuk satu tahun dan itu menjadi kebiasaan seperti khalifah sebelumnya. Khalifah Umar Abd Aziz hanya mengambil 200 dinar utk perbelanjaan keluarganya dan bakinya dipulangkan semula.
Dan pernah suatu ketika, anak lelaki nya membelikan sebentuk cincin berharga 1000 dinar sbg hadiah utk ayah mereka. Mengetahui hal itu, Khalifah Umar menyuruh anaknya menjual semula cincin itu dan duitnya disedekahkan kepada fakir miskin.
“Belikan utk ayah sebentuk cincin besi sahaja. Tulis pada cincin itu Allah menyayangi seseorang yang tahu darjat dirinya” kata khalifah Umar.
Dirhan, seorg lelaki yg menawarkn diri menjadi khadam kepada Khalifah Umar. Hari itu cuaca sgt panas, Khalifah Umar yg sdg bekerja dibiliknya berasa sgt panas dan letih lalu memanggil Dirhan.
“Saya berasa panas dan letih. Boleh tolong kipaskan saya?” Tanya Khalifah Umar
“Dgn senang hati saya melakukannya” jawab Dirhan lalu mengambil kipas dan mengipas Khalifah hingga terlena. Disebabkan terlalu penat Dirhan pun terlena disisi khalifah.
Tidak lama kemudian, Khalifah Umar Abd Aziz terjaga lalu dilihatnya Dirhan sdg tidur lena. Beliau mengambil kipas lalu mengipas khadamnya yg sdg tidur. Apabila terjaga Dirhan berasa sgt malu kerana khalifah sedang mengipasnya. “jangan takut, kamu juga manusia seperti saya. Kamu juga merasa panas seperti saya. Oleh itu giliran saya pula mengipas kamu sebagaimana kamu mengipas saya tadi” kata khalifah Umar
AllahuAkbar AllahuAkbar, tawaduknya dirimu Amirul Mukminin
****
Itu cuma secebis cerita yang membuktikan ketawadukan Khalifah Umar Abd Aziz. Keadilan beliau memerintah mengikut perintah Allah membawa keamanan dan menjadikan rakyatnya kaya raya sehingga harta zakat tidak dapat diagihkan kerana rakyatnya merasakan mereka cukup kaya untuk menerima zakat. SubhanAllah.
Khalifah Umar sering mengajak menteri-menterinya berkumpul di masjid pada malam hari serta disertai para ulama. Kemudian mereka sama-sama mengingati kematian hingga mereka menangis dalam keinsafan.
Beliau wafat ketika berumur 40 tahun kerana diracun. Pada saat jenazah Amirul Mukminin ini dimasukkan ke liang lahad tba2 seorg lelaki bernama Maimun bin Mihram menahan lalu berkata “ Khalifah Umar Abd Aziz pernah berpesan kpd saya, selepas beliau dikebumikan beliau menyuruh saya melihat wajahnya”
Dia turun ke dalam kubur lalu membuka kain kafan bhgian penutup muka lalu dilihatnya wajah Khalifah Umar berseri-seri bagaikan bulan purnama.Wajahnya cantik berseri.
Ketika org ramai meratakan tanah di atas perkuburannya tba2 sekeping kertas melayang-layang dari langit lalu jatuh tepat di atas perkuburan Khalifah Umar Abd Aziz.
Yusof bin Malik, salah seorang yang berada di situ mengambilnya lalu membaca
“Dengan nama Allah yang maha Pengasih maha Penyayang, jaminan keselamatan dpd Allah bg Umar bin Abdul Aziz dpd sentuhan api neraka”
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah
Sungguh, pemimpin yang adil itu tempatnya di syurga Allah. Sama2 lah kta berdoa agar akan ada khalifah umat Islam zaman ini yang mencontohi Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar al Khattab dan Khalifah Umar bin Abd Aziz. Amin Ya Rabb
No comments:
Post a Comment