Alhamdulillah segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam. Pencipta segala sesuatu, Pencipta yang Maha Baik. Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk mengenal Islam dan membaiki diri menjadi diri yang lebih baik dari semalam. InshaAllah
Manusia itu sifatnya leka, lalai, pelupa dan lemah. Tetapi selalu tak sedar diri atas kebenaran itu. Tetap saja merasa diri itu tahu, ingat dan kuat. Tidak. Allah sendiri juga mengatakan sifat manusia itu memang lemah. Tapi Allah itu Maha Adil, bukannya kelemahan manusia itu dbiar sahaja tetapi Allah menyediakan untuk kta manual dalam hidup iaitu Al Quran.
"Tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia" -- Al Imran:91
Semua ciptaan Allah sama ada dibumi, di langit, yang kta nampak, ataupun yang kta tak nampak semua itu Allah jadikan dengan tujuan. Manusia? Tidaklah Allah ciptakan manusia itu sia-sia. Saja suka-suka? Lahir ke dunia hidup smpai 50 ke 60 tahun pastu mati. Macamtu je ke tujuan Allah hidupkan kta? Lebih baik Allah jadikan malaikat yang lebih banyak. Yelah kan malaikat ni patuh sentiasa beribadah kepada Allah siang dan malam. Manusia? Berapa kerat je yang patuh? Dan ketahuilah, Allah menjadikan manusia dan jin itu untuk beribadah kepadaNya semata-mata.
Aset paling bernilai yang tidak ada ganti untuk hambaNya yang Allah bagi ialah Islam. Tetapi, tidak semua hambaNya yang muslim itu benar-benar beruntung. Selagi tidak bertaqwa.
"Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa" 49:13
MashaAllah. Di dunia ni, tugas kta banyak kan, hidup kta sibuk. Mana nak belajar lagi, nak buat itu lagi nak buat ini lagi. Macam-macam tanggungjwab kta atas muka bumi ni kan? Smpai dah tak terkejar dh. Keperluan dunia ni mcm tak habis2. Kta akan mula rasa macamtu sebab kta lupa tujuan penciptaan kta. Kta lupa apa sebenarnya keutamaan kta. Allah suruh kta kejar akhirat tapi jangan lupa dunia kamu. Tapi kta? Kejar dunia tapi lupa akhirat. Astagfirullah.
Kta bukanlah islam hanya pada nama. Nama saya Siti Fatimah binti Abdullah (rekaan semata) Tapi hijabnya entah ke mana? Solatnya kadang2 ingat kadang2 tak sempat. Nauzubillahiminzalik. biarlah kehidupan kta keseluruhannya berpaksikan islam. Apa yg kta pegang, apa yg kta genggam, apa yang kta amalkan biarlah apa yang Allah mahu dan Rasulullah ajar.
Rasulullah sabdanya "Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad Deen" Riwayat Bukhari dan Muslim
Persoalannya kefahaman yang mcmna Allah maksudkan? Fahamnya org itu kepada Ad deen nya dalam semua perkara. Akhlaknya islam, fikirannya islam, sosialnya islam, politiknya islam. Pendek kata seluruh juzuk hidupnya berpandukan islam yang sebenar. Cintanya kepada sesuatu kerana Allah, bencinya kerana Allah dan sabarnya juga kerana Allah.
Dan percayalah setiap manusia itu ada kelebihannya masing2 dan kelebihan itu boleh menguntungkan ataupun merugikan diri. kerana kelebihan seseorang itu akan memberi manfaat kepada apa yang kta kejar. Sekiranya kelebihan itu tidak digunakan untuk islam, maka jahiliyyah yang akan manfaatkan. Contohnya, mempunyai akal yang cerdik tetapi sejauh mana akal yang cerdik itu digunakan untuk Islam. Salah langkah, bersoraklah syaitan. nauzubillah.
Kerana itu, sesiapa yang Allah beri hidayah kepadanya, hendaklah dia genggam erat2, jaga kemas2 jangan biar terlepas kerana mungkin itu saja peluang yang Allah bagi. Bila hati mula suka kepada kebaikan, mula rindu pada peringatan2 cepat2 cari pengubat rindu itu iaitu Al Quran. Rakan-rakan yang baik dan solehah, mulalah bercampur dan bergaul dengan mereka supaya kta tidak tercicir. Benar, hati ini Allah yang pegang dan Allah yang akan ketuk pintu hati sesiapa sahaja yang Dia kehendaki :)
Semoga hati2 kta itulah yang diketuk. Allahuma ameen.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment