Tuesday, August 23, 2011

Pemegang obor Islam

Betul apa yang selama ni para alim ulama kata. Bila kita benar2 faham Islam kita akan tahu tujuan kita hidup di dunia ni. Kita tahu apa sebenarnya matlamat kita, tanggungjawab dan arah tuju kehidupan kita. Memang nampak macam tak jelas pada mulanya. Alhamdulillah sedikit demi sedikit ana semakin mengerti. Syukurlah kepada Allah yang melembutkan hati ini dan memberi kefahaman kpd ana. Dan benarlah, hidayah dan redha Allah itu perlu dicari bukan dinanti.

“Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya” 10:100

Carilah Islam itu kerana hanya risalah Islam yang boleh menyelamatkan manusia dunia dan akhirat. Janganlah kita menjadi hamba yang lupa diri dan sombong kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah, itulah agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” 30:30

Wahai hamba2 Allah yang terpilih, berbanggalah berada di jalan ini. Janganlah kau mundur dan toleh lagi ke belakang. Jalan ini lah jalan yang inshaAllah membantumu di akhirat. Sungguh, engkaulah orang2 yang beruntung. Sahutlah panggilan Ilahi, dakaplah seruan Muhammad dan berjuanglah untuk agama ini, agama Islam. Luruskan niatmu, tetapkanlah hatimu dan bersaksilah engkau pasti termasuk golongan yang mendapat kemenangan. Amin.

“Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang beriman” 30:47
“Hai orang-orang beriman bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar” 9:119

Betapa tinggi darjat dan kedudukan yang Allah sediakan bagi hamba-hambaNya yang beriman dan ikhlas. Sesungguhnya janji Allah itu benar, Hari Kiamat itu benar, Syurga itu benar dan Neraka itu benar. Marilah kita sama-sama mengambil peluang sementara kita masih berada dibulan Ramadhan ini merebut sebanyak mungkin ganjaran. Jangan tunggu-tunggu kerana Ramadhan ini belum tentu sampai ke hujung, sementara Ramadhan tahun depan belum tentu bertemu !

“Dan barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik” 17:19
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” 2:147

Wallahualam. ALLAHU AKBAR !
Semoga perkongsian ini menjadi peringatan kpd ana, hamba yang lemah lagi hina.
Dan semoga Allah menerima amal-amal kta untuk ditimbang sebagai amal kebaikan kelak. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment