Halaqah ini adalah halaqah cinta kita...
Jika sepasang kekasih berdating ditaman
kita tidak sabar-sabar berdating dalam halaqah
jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi, jauh dari orang,
kita berkasih sayang dalam terang tanpa takut dan bimbang
jika sepasang kekasih bermain madah berhelah
kita berhibur dengan madah kalamullah,
jika sepasang kekasih memadu kasih atas dorongan nafsu,
kita berkasih atas landasan ukhuwahfillah,
jika sepasang kekasih menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya
kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa saja kemahuan Pencipta kita
jika sepasang kekasih saling menjaga hati
kita sentiasa menjaga akhlak saling menasihati agar bertambah kualiti
jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya
kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya
jika sepasang kekasih sanggup berkorban harta, keluarga dan maruah demi cinta
kita sanggup korbankan segala galanya demi cinta agungNya
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya
No comments:
Post a Comment