Over sangat tak kalau saya nak kata saya nak jadi Fatimah? Hm awak nak jadi Ali buat saya?
Siapa yang tak kenal Ali bin Abi Thalib? Pemuda yang antara yang terawal memeluk agama Islam. Mendapat gelaran Karramallhuwajhah dan pemuda yang berani sehingga ketika umur beliau baru 12 tahun, beliau sanggup tidur di tempat Rasulullah pada ketika pihak kafir Quraisy ingin membunuh baginda. Subhanallah.
Siapa pula yang tidak kenal Fatimah? Puteri kesayangan Rasulullah yang menjaga Rasulullah selepas kewafatan ibunda tercinta Siti Khadijah. Fatimah lah yang sentiasa berada di sisi ayahandanya ketika orang kafir Quraisy menyakiti Rasulullah. Dia lah yang membersihkan tahi2 unta yang dilemparkan ke atas ayahandanya. Fatimah sangat cantik dan pemalu sehingga ada hadith Rasulullah yang bermaksud: Semua makhluk akan tunduk dan berpaling pandangan mereka dari Fatimah melintasi titian sirat. MashaAllah.
Kedua-dua insan mulia ini saling mencintai dalam diam. Ali, pemuda yang sangat disegani pada ketika itu langsung tidak sombong dengan kedudukannya disisi Rasulullah jauh sekali mengambil kesempatan. Pada saat Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar telah datang melamar puteri Rasulullah, Ali merasa sangat hina kerana kedudukan kedua sahabat Rasulullah itu dan merasakan dirinya tidak layak mendampingi Fatimah.
Rasulullah mengetahui cinta antara puteri baginda dan Ali kerana itu baginda menolak lamaran Abu Bakar dan Umar. Rasulullah pernah berkata kepada Ali yang bermaksud :
"Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!"
Lihat betapa hebatnya kedua insan yang dicintai Rasulullah ini menjaga maruah dan cinta mereka. Walaupun ada cinta dihati mereka tidak pernah keluar berdua-duaan, menaiki unta bersama-sama, berbalas surat cinta apalagi menjadikan diri mereka untuk diangau angaukan sehingga tiada siapa yang mengetahui gejolak perasaan mereka.
Adakah Ali berani menikahi Fatimah sebelum menyiapkan diri menjadi pemuda yang terbaik buat Fatimah?
Sesungguhnya cinta yang berlandaskan syariat itu lebih indah.
Kata-kata Ali buat Fatimah
"Dia ibarat bunga dari syurga, yang datang dan telah pergi tetapi harumnya tetap terpahat sampai bila-bila"
Aww sweet kannnnn? Subhanallah.Inilah nikmatnya cinta kalau Allah berkati :)
InshaAllah sama-samalah kita berusaha mengejar cinta agungNya dulu. Perjalanan masih jauh. Dia Maha Tahu jodoh kita. InshaAllah kalau suka sama suka mintalah bantuan orang tengah. Alahai apa class guna orang tengah. Tak macho la. Bukan sebab "tak macho" tapi sebab Islam yang mengajar kita sedemikian. Ingat ! Islam is the way of life :)
Wallahua'lam. Moga-moga bertemu jodoh yang soleh dan solehah. Ameen.
dah famous blog ni kat alex :D
ReplyDeleteHow come eh? Dahla baru buat je kot update pun jarang :O
ReplyDeletesee u got many visitors from egypt :D
ReplyDeletehaha but no more :(
ReplyDelete